Thursday, November 25, 2010

0 Keindahan flora dan fauna

     Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill) dan Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mengekalkan suasana semulajadinya .
     Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Dengan kawasan zoo seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambilkira habitat asal haiwan tersebut.
      Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis. Binatang- binatang tersebut terdiri daripada Harimau, Singa, Gajah, Badak Air, Zirafah, Enggang, Orang Utan dan lain lain lagi. Tambahan pula, usaha- usaha pembiakan hidupan liar ini telah terbukti berjaya. Antara hidupan liar yang berjaya dibiakan adalah seperti Harimau Belang, Singa, Siamang, Rusa, Nilgai, Burung Kuak dan banyak lagi. So tu la serba sedikit tentang latar belakang Zoo Taiping....so kepada yang nak pergi tu boleh la berbuat demikian ....menarik dan mungkin dapat menenangkan jiwa bagi sesiapa yang jiwanya dok tenang....ok...nie serba sedikit gambor yang dapat teman ambil semasa bersiar-siar bersama anak-anak teman......ok byeeeee



0 Warna warni bunga api di hari raya...wahhh

Bila diingatkan banyak kenangan yang sukar dilupakan...antaranya telatah anak-anak bila nak menyambut raya ...fuhhh seronok dan macam-macam telatah mereka dapat dilihat...tapi bila diingatkan semua tu dah kita lalui dan merasanya jadi tak salah kalau la ni masa untuk anak-anak pulak yea tak heeeee....seronok ek kalau berada di zaman kanak-kanak nie ....cam-macam leh dibuat....so dekat-dekat nak raya kelmarin ader la beberapa keping gambor yang teman dapat ambil dan dipaparkan dalam blog teman nie....so nengok ler yer..heee kalau teringat zaman kanak-kanak dulu lebih dari nie laiii wahhhh best nyer....

 Semua dok sibuk nak nyalakan bunga api

 Rehat sebentar 

Pusing-pusing

Monday, November 22, 2010

0 Hari Kanak-kanak wahhh!! Meriah......

Sebut jer tentang hari kanak-kanak semua kanak-kanak suka ...maklumlah hari khas untuk mereka ....sukalah...yer..jadi sebelum cuti sekolah telah diadakan hari kanak-kanak kat SKS....fuhhhh punyalah meriah baik mak bapak termasuklah Cikgu Cikgi SKS semua memeriahkan laiii majlis tuh..penat tapi best aper...
Bila difikirkan kembali itulah sambutan kali pertama hari kanak-kanak kat SKS setelah sekian lama di SKS barulah diadakan kembali hari kanak-kanak nie...rasanya hampir dah 5 tahun posting kat situ nie la kali pertama....so tahniahlah kepada semua cikgu cikgi SKS kerana berjaya mengadakannya .....tapi rasanya tahun nie memang meriah betul.....tiap-tiap minggu ader jer aktivitinya......wahhhh penat tapi happy....so harap semoga tahun depan ia lebih meriah laiii dan diteruskan ....untuk tu dibawah nie ader la teman sisip-sisipkan beberapa gambor untuk tatapan ok....jumpa laiiiiii tahun depan Hari Kanak-kanak SKS byeeeeeeee



4 Ninja Gaiden 2 penuh aksi....XBOX 360 ...cuba arrr

     Ninja Gaiden on Xbox is the greatest action game ever made, then Ninja Gaiden II on Xbox 360 is just a sequel. It won't redefine the way you look at action games. It won't make you cry tears of joy. Don't let that dissuade you. Sequels to such outstanding games often have difficulties living up to expectations and that may end up being the case for some with Ninja Gaiden II, but those that go in looking for some pure action will leave all smiles…and perhaps with a controller broken out of frustration or two.
      Once more, we find our badass hero Ryu Hayabusa confronted by the Black Spider Ninja Clan and supernatural fiends the likes of which would cause most men to cower in fear. Ryu is no normal man. He's a ninja that thinks stealth and shadowy motion is for chumps. If a confrontation doesn't begin with a full frontal assault and end with a pile of bloody stumps, something went wrong. From one gore filled assault to the next across 14 stages, the last of the Hayabusa clan is our only hope against the resurrection of the Archfiend.
     Of course, the story along the way makes no sense. If you thought the last Ninja Gaiden game was confused, be prepared to be amazed. The plot has something to do with the CIA, defeating Greater Fiends and the resurrection of the Archfiend. One of the Greater Fiends is named Volf. He's a werewolf. Volf the wolf. That should tell you about all you need to know. But who are we to complain about plot in games when Hollywood blockbusters have endings like the latest Indiana Jones movie? This game makes at least as much sense as that flick did and fans of the Ninja Gaiden universe will find a few welcome surprises along the way. In other words, don't worry if you haven't played the last game before picking up this one.

     The adventure begins with the Dragon Blade and a limitless supply of shurikens before the arsenal expands to eight melee weapons, a host of projectiles and several devastating Ninpo magic spells. Each melee weapon can be upgraded, unlocking new combos and adding even more depth to an already robust system of combat. Some old favorites are back, some have been dropped, and a few new weapons have been introduced to the mix. The theme here is obvious: speed and gore.
     Slow weapons have no place in Ninja Gaiden II. Even the massive Eclipse Scythe moves in streaks and flashes. The faster weapons like the Tonfas and Kusari-gama are a blur as you rack up massive combos. It begins simply. There are two buttons for attack, a fast and a strong move. Hold down the strong attack and you can absorb karma (most projectiles can be charged now, too) from dead enemies and unleash a devastating ultimate technique. Learning how to string the two attacks together and perform combos allows you to dish out death with vengeance and will surely win the affection of any love interest watching you play.


Sunday, November 21, 2010

0 Online sini sana

Online-online jer semenjak dua menjak nie.....bukan aper la nie tengah sibuk wat kemasukan online budah sekolah ke Sk Asrama Penuh ngan KRK/SMKA...hishhhhhh rasanya doh hampir 5 tahun doh...wat...tapi nak buat camna dah tugas.....namun begitu semuanya mudah tapi nak dapat data dari murid nie yang susah nyer ....haiiiii kalau ikutkan ati nak jer suruh mak ayah datang ....lepas tu soal depan depa senang citer ...cepat dan pantas .....terus ajer isi kat komputer....so tahun depan kena gak wat sebab tahun depan teman guru kelas tahun 6 .....huhhh sekali lagi memegang rekod guru tahun 6 paling lama pegang kelas....nak wat cam na selagi orang percaya kat kiter teruskan sehingga orang lain pulak ambil alih.....so inilah tugas seorang guru bukan hanya di sekolah malah dirumah juga dah macam kat sekolah.....guru oh guru.....

Kepada guru yang terlibat dengan KRK/SMKA bolehlah mengunjungi laman web ini ......
http://www.pelajaranperak.gov.my/rkonline/login.php

Thursday, November 18, 2010

0 Patah ....tumbuh....hilang ......berganti.......masih mencari.......

Dalam bulan Nov ....terlalu banyak program yang telah dirancang oleh pihak sekolah....so sibuk sikit dan banyak kerja yang perlu dilaksanakan.....dan yang terakhir majlis persaraan Cikgu Shafi....hujan sikit ari tu sebab ramai juga cikgu yang nangis...maklum la sekian lama bersama ....tup...tup berpisah....namun itu semua tidak pernah melunturkan semangat Cikgu cikgi SKS untuk terus berjaya....so semoga Cikgu Shafi akan terus success ....
 Cenderahati tanda penghargaan 

 Barisan hadapan peneraju SKS

Barisan guru-guru SKS 2010

 Sedih dan sukar menahan sebak....itulah erti persahabatan....

Namun begitu bagi menceriakan suasana majlis persaraan Cikgu Shafi...murid-murid tahun 6 telah mempersembahkan dikir barat untuknya.....terimalah .....


0 Konvo Anakku Sayang

11 Nov 2010 Tarikh konvo my son, Danish. Danish ni masuk 1 pertandingan bakat. Perghh... penat mikir nak bagi pakai baju ape. Stlh dirisik, ditenung, ditilik...kata sepakat dicapai. Beli sut utk die. The probs is...mane nak cekau sut ni. Berhari jugak pegi cari sut ni. Kuala, Taiping, Ipoh...semua diredah semata2 nak cari sut.
jeng jeng jeng....
Sut yg di cari akhirnya tadaaa....jumpa jugak...punya ler leetih keliling kedai jumpa gak....selamat satu bab...
Balik jer dari Ipoh...zusssss terus gie cari kedai kasut nak beli kasut kulit....cari punya cari dari kedai sampai ke bundle semua dok ader kasut kulit.....hussssss penat giler la mencari......maklum ler kaki si Danish nie kecil sangat....kang kalau beli basau kang dah macam model Mc Donald pulok....payah tu nak ngajor cara jalan  nyer......last punya last beli gak kasut......jenis baldu warna hitam.....jadi la jangan dok leh pakai....
Esoknyer....baik punyer citer.....ingat nak jadi juru photo nak disuruh lak jadi pengacara majlis hissss apa kes nie.....dok leh jadi....sebab nak ngambil gambor punya pasal lepas gok.....so nunggu la si Danish nie nak pentas ....sebelom tu nangkap la dulu gambor kawan-kawan dia tengah pos kat pentas tuh....mujur Ck Mat Nor dok bawa kamera leh tolong amik gambor guna kamera teman ....kalau idok gambor biasa dok ader la jawab nyer.....
Teng teng teng....Danish pon naik ler ker pentas ...perrrrr dengan gaya nyer nengok ader sikit cam bapok nyer heeeee bapa borek anak rintik la katakan........naik jer pentas terus posing...sini sana macam-macam gaya yer buat....bila tang buka baju sut tuh...perhhhhhh gempak abis ...agaknya tang tu yang orang lain dok leh lawan kot...heeee bergaya , mutu , keunggulan heeeeee Danish sapa dok kenal....perasan macho la katakan heeeeee


 Danish dengan gayanyer yang tersendiri
 Membuka kot dengan bergaya
 Beratur pun masih bergaya
 Disediakan oleh ibunya
 Bersedia untuk posss
 Itulah Danish Gaya , Mutu , Keunggulan ....Danish
Pemenang tempat pertama dalam pakaian beragam...

Danish bergaya sakan ....

Tuesday, November 16, 2010

0 Dikir SKS Bergema kembali....

     Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang.
      Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman. Perkataan Dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.
     Oleh yang demikian pada 11/10/2010 telah berlangsung Majlis Anugerah Cemerlang bagi pelajar-pelajar yang berjaya dalam peperiksaan Akhir tahun . Disamping itu juga badan kesenian SKS telah membuat persembahan dikir barat yang terdiri daripada pelajar tahun 6 .
Assalammualaikum pembuka bicara...


 Salam disambut penuh ceria ...

 Lagu kedua menceria suasana

Kompang dipalu menghangatkan suasana

Saksikanlah Persembahan Dikir Barat SKS 2010

0 Salam Aidiladha

          Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal . Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
          Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
         Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
        Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
      Oleh yang demikian kepada semua rakan-rakan , saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan kepada yang pulang ke kampung halaman pandu berhati-hati semoga selamat sampai bertemu orang tersayang ....salam Aidiladha....

Sunday, November 14, 2010

0 SKS oh SKS

SKS kini dah berwajah baru...dengan bangunan yang bakal diduduki nanti semua guru-guru dan murid dapat mengajar dan belajar dengan selesa tanpa sebarang masalah.....Oleh yang demikian diharap peningkatan dalam akademik dapat ditunjukkan oleh pelajar apabila belajar di bangunan yang baru nanti...salam





Saturday, November 13, 2010

0 Hey Friends ........

Salam perkenalan buat semua rakan semua.....semoga melalui blog ini akan dapat kita semua bertukar pandangan dan pendapat dalam kehidupan seharian ......