Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Dengan kawasan zoo seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambilkira habitat asal haiwan tersebut.
Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis. Binatang- binatang tersebut terdiri daripada Harimau, Singa, Gajah, Badak Air, Zirafah, Enggang, Orang Utan dan lain lain lagi. Tambahan pula, usaha- usaha pembiakan hidupan liar ini telah terbukti berjaya. Antara hidupan liar yang berjaya dibiakan adalah seperti Harimau Belang, Singa, Siamang, Rusa, Nilgai, Burung Kuak dan banyak lagi. So tu la serba sedikit tentang latar belakang Zoo Taiping....so kepada yang nak pergi tu boleh la berbuat demikian ....menarik dan mungkin dapat menenangkan jiwa bagi sesiapa yang jiwanya dok tenang....ok...nie serba sedikit gambor yang dapat teman ambil semasa bersiar-siar bersama anak-anak teman......ok byeeeee
0 comments:
Post a Comment